Monday, 26 September 2011

aduhhh..... kaki ku. T_T


salam.. hari dah masuk 3 hari tak kerja sebab kaki sebelah kiri ku sakit.. ini semua b'laku time tengah kerja.. aku terjatuh disebabkan faktor lantai yg licin,berminyak dan bersabun.. apa kah daya.. takdir org kate.. kecederaan cuma tulang belakang termpurung kaki belah kiri aku beralih.. . sakit pun mmg lah sngt sakit.. bila dia b'laga antara satu sama lain kan.. nak jalan tu lagi lah bertatih tatih, mmg slow ler, kadang2 relax lu menahan sakit baru sambung jalan semula.. tp aku tahu ini dugaan.. ^_^ bila dugaan aku kena terima juga.. walaupun sakit yg amat.. huhu.. duduk x selesa,baring xselesa,diri pun xselesa.. segalanya terbatas untuk b'geak.. sesapa yg terbaca ni doa2kan lah aku cepat baik ye.. ameen.. wslm antum antuna. ^_^

Sunday, 11 September 2011

roda itu putaran hidup



salam buat semua.. kali ni aku nak cite tentang kehidupan.. 
apa yg antum antuna tahu tntg kehidupan? subhanallah.. 
setiap manusia mempunyai kehidupan yg b'beza..
 kehidupan satu putaran masa yg singkat, menjalani kehidupan ini bukan mudah, 
roda itu putaran hidup sekejap di atas dan dibawah.. 
impian dan angan hanya mimpi.. 
kehidupan ni kadang2 kita tak akan dapat apa yg kita inginkan cita-kan.. 
reaksi wajah xsama dgn tindak balas hati sebenarnya.. 
betul ke, seorg yg b'gelar anak seni mempunyai latar belakang yg agak sukar p'jalanan hidupnya? apa2 pun perlu tabah.. ameen.. pada aku kehidupan yg misteri itu amat indah.. =))

Friday, 2 September 2011

dalam pembikinan sebuah karya





salam..alhamdulillah.. semenjak2 ni idea aku melimpah2 utk menulis lagu.
tapi masih dalam pembikinan lagi.. perlu disemak semula untuk melihat kesesuaian lirik tersebut.
tapi yg paling sedih tidak b'kesempatan lagi untuk menyanyikannya.. hehe. 
ini disebabkan suara xbest.. huhu.. insya'Allah mgkin 2,3 hari siap lah lagu tu. ^_^
korang doakan lah ye semoga lagu tersebut berjaya disiapkan.. sbb aku ni suke sngt tgguh2.. 
tu perangai yg rasanya susah nak ubah kot.. =) salam utuk semua dan selamat hari raya.. 
kehidupan adalah satu amanah,jalankan amanah itu dengan sebaiknya.. insya'Allah.

Wednesday, 24 August 2011

Renungan untuk Aktivis Dakwah

salam buat aktivis dakwah. jgn pernah kamu mengalah dlm jalan yg kamu pilih ini.. terus merapatkan barisan untuk memimpin jln yg penuh cabaran.. tatkala kamu jatuh lalu terluka,cuba bangkit dan bangun semula untuk meneruskan perjalanan yg panjang ini... Ingat telah mengorbankanya para rasul,nabi,para2 sahabat dijalan ini, sedikit pun mereka tidak pernah mengenal apa itu lelah dan cacian di jalan DAKWAH ini.. ingat "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar" (QS at taubag ayat :111) 

saidina hamzah (asadullah/singa Allah)



  • Nama penuhnya adalah Hamzah Abu 'Amaarah bin 'abdul Muthalib bin Hasyim bin 'abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi. Beliau merupakan bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam dari sebelah bapanya dan juga saudara sesusuan Rasulullah dari Halimatus Saadiah.

    Sayyidina Hamzah dilahirkan pada tahun 570 Masihi, lebih kurang setahun ke dua tahun sebelum kelahiran Rasulullah membuatkan beliau amat rapat dengan Rasulullah sejak kecil lagi. Beliau telah memeluk Islam pada tahun kedua kenabian.

    Peristiwa pengislaman Sayyidina Hamzah

    Suatu hari Abu Jahal melalui Bukit Safa di mana ketika itu Rasulullah sedang berdakwah dan Abu Jahal telah mencerca dan menghina baginda. Bagaimanapun, baginda Rasulullah tetap berdiam diri dan tidak mengucapkan sepatah kata pun kepada hinaan Abu Jahal tersebut. Abu Jahal bagaimanapun tidak berpuas hati lalu membaling batu dan mengenai kepala Rasulullah menyebabkan kepala baginda berdarah.

    Sayyidina Hamzah pada ketika itu sedang berburu. Dalam perjalanan pulang, dia melalui kawasan Bukit Safa. Seorang hamba kepada ‘Abdullah bin Jada’an telah menceritakan kekejaman Abu Jahal terhadap Rasulullah kepada Sayyidina Hamzah.

    Mendengarnya, Hamzah menjadi sangat marah lalu beliau mencari Abu Jahal yang pada ketika itu sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga berdarah sambil berkata,

    Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku silakan!!  telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah dan ajaran yangg dibawanya adalah benar. Demi Allah aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani halanglah aku.”

    Sikap Sayyidina Hamzah ini, didorong oleh rasa kasih dan sayangnya terhadap Rasulullah serta kebenaran yang dibawa oleh baginda. Dengan pengislaman Sayyidina Hamzah, umat Islam menjadi semakin kuat dan dihormati. Pemimpin Quraisy juga tidak lagi berani menindas umat Islam sesuka hati mereka.

    Sayyidina Hamzah telah mengikuti beberapa siri peperangan bersama Rasulullah. Antaranya adalah perang Badar dan juga perang Uhud. Ketika dalam peperangan Badar, beliau telah membunuh beberapa kaum tokoh musyrikin seperti Syaibah bin Rabi'ah, Thu'aimah bin Adi dan 'Utbah bin Rabi'ahManakala dalam perang Uhud, beliau telah menewaskan 31 orang kafir Quraisy.

    Wafatnya Sayyidina Hamzah, Singa Allah

    Sayyidina Hamzah Asadullah telah meninggal dunia ketika dalam perang Uhud. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi yang merupakan hamba kepada Jubair bin Muthim. Jubair ingin membalas dendam atas kematian bapa saudaranya, Thu’aiman bin Adi.

    Wahsyi menceritakan bagaimana dia membunuh Sayyidina Hamzah. Katanya, Jubair telah berjanji untuk membebaskannya jika dia berjaya membunuh Sayyidina Hamzah. Lalu beliau yang terkenal dengan kemahiran melempar pisau itu, telah mengikuti tentera Quraisy ke medan perang Uhud.

    Sewaktu peperangan tersebut, Wahsyi telah bersembunyi di sebalik batu berhampiran tempat Sayyidina Hamzah sedang bertarung. Tatkala dia sedang merencanakan perancangannya, tiba-tiba Sibak bin Abdul Uzza datang menuju kearah Hamzah. Melihat Sibak datang kepadanya, Hamzah berteriak, “Ah! Kamu ke sini hanya mahu mencari mati!”

    Dengan sekali hayunan, kepala Sibak berguling di tanah. Maka pada ketika itulah, Wahsyi terus mengacung-acungkan pisau bengkoknya itu, dan apabila merasa sasarannya tepat, dia pun melemparkannya ke Hamzah. Pisau itu tepat mengenai bawah perutnya terus menembusi bawah selangkangnya.

    Hamzah cuba bangun menerkam Wahsyi, tetapi dia sudah tidak berdaya lagi. Wahsyi berlalu meninggalkan Hamzah di situ hingga dia mati. Kemudian dia kembali lagi untuk mengambil pisau bengkoknya itu, dan membawanya ke perkemahan.

    Wahsyi membunuh Sayyidina Hamzah kerana ingin dimerdekakan oleh tuannya. Sebaik tiba di Mekah, dia telah dimerdekakan oleh Jubair bin Muthim.

    Jasad Sayyidina Hamzah radhiAllahu anh sangat sadis dan mengerikan. Mayatnya hancur dan tercincang, manakala hatinya telah hancur dikunyah oleh Hindun binti Utbah yang ingin membalas dendam atas kematian ayahnya dalam perang Badar. Hindun telah membelah perut Sayyidina Hamzah dan mengunyah hatinya sehingga hancur dan memuntahkannya kembali.

    Ketika Rasulullah melihat tubuh bapa saudaranya yang hancur, baginda menjadi sangat marah sehingga Allah telah menurunkan firmanNya yang bermaksud,

    Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. – Surah An-Nahl, ayat 126.

    Ibnu 'abdil Barr rahimahullah meriwayatkan, "Sesungguhnya Nabi Salallahu ‘alayhi wasallam berdiri di hadapan Hamzah yang telah syahid. Baginda menitikkan air mata dan ketika melihatnya menjadi korban kebiadaban, baginda Rasulullah menarik nafasnya. Tidak ada yang lebih menyakitkan hati baginda daripadanya. Lalu baginda telah melanjutkan ucapannya :
    "Semoga Allah merahmatimu, wahai bapa saudaraku. Sedangkan dulu engkau orang yang menyambung tali silaturahim dan banyak melakukan kebajikan".

    Selain terkenal dengan gelaran ‘Asadullah’ iaitu Singa Allah, beliau juga dikenali sebagai ‘Sayyidus Syuhada’ iaitu penghulu para Syuhada.

    "Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh."(Hadis Riwayat Al Hakim)

    Sayyidina Hamzah wafat pada tahun ke-3 Hijrah dan disemadikan bersama ‘Abdullah bin Jahsy dalam satu liang lahad.

    Wallahu’alam

    HR~

Sultan Muhammad Al-Fateh


 Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Biodata Ringkas
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?    

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

salahuddin al-ayubi penakluk jurusalem


Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

25 pesan Luqman Al-Hakim...


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sadar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu karena kesalahan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, karena sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya karena tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rusak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja karena manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, karena manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mau menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Monday, 22 August 2011

mengapa mesti ada derita dan kesedihan?

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah sekrg ni dah masuk dalam zon pecutan terakhir dlm bulan ramadhan.. tgkatkan iman dan amal semoga kekal ke akhir zaman, bukan hanya dlm bulan ramadhan.. insya'Allah.. title kali ni mengapa sedih? subhanallah, perasaan sedih tu ade lah anugerah yg diberi illahi buat makhluk yg ada dimuka bumi ini.. kini ramai yg bersabar apabila menerima sesuatu kesedihan.. tapi ada kah mereka dlm keadaan berSYUKUR? tidak ramai yg sedemikian, manakala ada yg tidak boleh menerima kesedihan tersebut, mengapa? kehidupan kita didunia ini sememangnya adalah gabungan kebahagian dan kesedihan..walaupun ana bukan pakar penasihat kesedihan, cuba untuk membantu mereka yg dlm keadaan sedih.. kesedihan,bahagia ada lah rencah dalam kehidupan dunia ini.. ia juga seperti masakan yg perlukan manisnnya,masamnya,manisnya.. seperti itu juga lah kehidupan kita yg sementara ini.. satu petikan ayat dlm mutiasa kata jgn bersedih  mutiara kata 3 "jangan bayangkan kebahagiaan yg lebih besar daripada apa yg anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yg anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yg akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan." sepuya kita semakin tabah menempuhi hari2 mendatang dan sentiasa meminta bantuan ya rab.. insya'Allah.. Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan  kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya  matahari,rupanya tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita dengan pelangi. apa yg kita lalui pada saat ini, adalah pengalaman untuk dibawa hari yg akan datang. (n_n) (QausuQuzah)

Sunday, 21 August 2011

apa tu usrah??

apa itu usrah??
sape yg bawa usrah??
best ke usrah??
kenapa perlu ikut usrah??
buat penat je.
usrah ni utk ust2 dan ustzh2 je ke?
jawapannya ada digambar ni. ^_^

Thursday, 18 August 2011

mengapa bidang seni yg aku pilih?

salam.. title kali ni kenapa aku minat bidang seni.. yg paling ketara bidang seni lukisan dan seni muzik.. entah lah aku pun xberapa tahu nape banyak2 bidang, bidang tu juga aku pilih..ok mcm ni sbb bidang seni ni kita buat apa yg kite mahukan.. kadang aku luahkan ape yg aku telah lalui.. baik dlm muzik dan lukisan.. tapi buat mase skrg ni aku lebih kepada muzik.. sbb aku jmpe 1 jalan dakwah dlm bidang muzik, ini kerana remaja sekarang lebih mggemari muzik.. bukan bermakana seni lukis xdigemari tp kadang2 seni lukis ni org yg tertentu jep memahami apa yg diolahkan dalam karya mereka..oleh sbb aku ni aktivis dakwah aku mst buat sesuatu untuk jalan dakwah yg berbeza mengikut rentak dan irama zaman yg baru ni..tapi ingat apa yg aku buat bukan utk kepentingan aku.. tp ini semua atas nama ya rab dan agama  yg aku syg.. dulu aku juga pernah ade 1 band, yg memperjuangkan lagu2 indie ni diaggotai 6 org.. tapi bila hari demi hari aku lihat ape yg aku perjuangkan ni sebenarnya? aku pun try mendalami arti perjuangan dlm muzik ni.. dah ramai sahabat2 yg aku tanya.. pelbagai tindak balas yg aku terima.. ya.. akhirnya aku cuba untuk selitkan unsur2 dakwah dlm lagu2 yg aku olahkan.. tp biasalah xsemua terima dgn apa aku cadangkan dalam band tu.. akhirnya berpecah.. so now aku still membuat lagu2 yg berunsur dakwah.. mybe aku perlu mencari band yg baru utk kini atau b'gerak secara sndr memperjuangkan muzik yg b'unsur dakwah.. insya'Allah.. doa2kan aku lah ye..seni itu ilmu,bukan sekadar hiburan.. wslm  ^_^ "QausuQuzah"

Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif (A2G2) UPDATES 2


Harapan Ghazzah
(Sajak Palestin)
Ku intai-intai…Manakah cahaya…
Ku tanya-tanya…Apa khabar dunia?
Ku toleh kanan..
Pagar ku lihat..
Lari ke lautan..
Nak renang tak dapat..
Ku cari si jiran..
Pintaku bantuan..
Diam tak berlisan..
Itukah jawapan?
Yang dekat, ku rapat..
Namun yang jauh, ku lihat..
Yang hampir, tercegat..
Musafir pula yang berdebat..
Apa khabar wahai umat?
Sudikah datang melawat..
Kami nanti wahai sahabat..
Simpati ditimba, rindu terhambat..
Usahlah bimbangkan..
Masih ada harapan..
Berita gembira, khabar-khabarkan..
Bukan kecewa patut digambarkan..
Pasti runtuh segala kepungan..
Sehari-hari nampak rekahan ..
Konvoi berduyun penuhi jalan..
Palestin pasti akan dibebaskan!!
Wahai umat wahai saudara..
Kami menunggu kelibat anda..
Jangan khuatir, kami sedia..
Bukankah Allah janjikan berjaya?
- nukilan : Qafmimra @ 11.15pm 6 Januari 2011

Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif (A2G2) Updates



[27 Julai 2011]: SUKARELAWAN AQSA SYARIF RAMADHAN DI GAZA (A2G2)

Berikut adalah senarai penuh sukarelawan yang diamanahkan untuk menyempurnakan Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza 2011 (A2G2). Mereka adalah gandingan aktivis Aqsa Syarif dari seluruh Malaysia dengan latar belakang penglibatan dan sumbangan yang pelbagai di dalam perjuangan Palestin di Malaysia.
Pemilihan dilakukan oleh Board of Trustee Aqsa Syarif
.1. PROF MADYA DR MOHD ZIN KANDAR
2. DR MOHD TAHIR A.RAHMAN
3. HJ YUSUF SURATMAN
4. MOHD MUNAWER ISMAIL
5. USTAZ MOHD HAIROZI  MUHAMMAD
6. MUHAMMAD MUS’AB MUZAHAR
7. PROF MADYA DR MD ROSLAN HASHIM
8. A.KHALIL KHAMIS
9. Ar SYED MOHD RADHI SYED SAKKAF
10. NOORHASYIMAH ISMAIL
11. SITI RAMLAH IBRAHIM
12. NOORAZIAN ANIDIN
Mohon do’a dari semua rakyat Malaysia dan ummah seluruhnya agar sukarelawan di atas mampu meyempurnakan misi kali ini dengan jayanya.
Insya Allah maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber berita;  A2G2