Tuesday, 25 September 2012

sebelum menentang ARUS!

Assalamualaikum... wahhhhh lamanya tak singgah kat blog ni.. apa2 pun alhamdulillah dalam mengharung hidup yang kian mencabar sebagai seorang insan.. =) ia memang takdir, tapi itu bukan jalan untuk kita mengalah.. =) mungkin Allah nak aku melalui kepayahan sebelum dapat apa yang dikehendaki.. =) #semoga aku menghagai kepayahan dijalan ini#

Sunday, 8 April 2012

malam


malam...
kau mengingatkan aku,
tentang satu kehidupan,
dimana sepi menjadi teman,
duka menjadi sahabat karib.
bintang menjadi coretan ilham,
cahaya rembulan memancar pena .

malam..
disaat semua terlena,
aku masih terjaga,
mengenang nasib,
dimana akan ku bawa,
mengitai dalam kekabutan,
berduka demi kebahagian.

malam...
tiada yang memahami,
tiada siapa yang peduli,
semakin akrab dengan hiba.
kepingan huruf kususun,
ku coretkan kata-kata.
ku coretkan cita-cita.
ku luahkan kesedihan hati,
tanpa bicara menemani jiwa.

oh....malam...
jika engkau mengerti,
bicaralah dengan bahasa sepimu,
hembuslah dengan bayumu,
jangan relakan embunmu tertitis,
biar semua berlalu,
usah lakar dicakerawalamu..
oh...malam..


lirik : QQ

Friday, 16 March 2012

perginya seorang karyawan agung..


ASSALAMUALAIKUM.. rosli khamis? nama yg bukan lagi asing.. Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq (1958-30 januari 2008) merupakan seorang penulis lirik yang terkenal. Beliau sering bergandingan dengan M.nasir dalam membuat lagu baru. Selain menggunakan nama Loloq beliau juga sering menggunakan nama Nurbisa untuk lirik ciptaanya. Beliau berasal dari singapure.. 




semasa aku sedang membelek-belek karya beliau aku terjumpa sesuatu yg sangat luar biasa dari biasa yg beliau karyakan.. satu penulisan yang sangat puitis..sebuah karya yg bertajuk "cahaya gelita" penulisannya sangat teliti dari pengunaan bahasa-bahasa indahnya yg menarik..


Tidak hairanlah lirik ciptaan Loloq iaitu Cahaya Gelita pernah memenangi Hadiah Galakan Penulis Lirik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dulu. Kata Loloq, penulis lirik perlulah berilmu supaya mereka dapat menyampaikan ilmu itu dalam corak hiburan dengan baik atau hiburan berakal.



LIRIK CAHAYA GELITA
Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 1)
Cinta umpama bayang datang dan menghilang
Menurut keadaan dan musim
Selalu saja berpihak pada yang dipuja
Tak menguntungkan mereka yang setia

Sehelai daun sehelai
Lembaran haru ku gugur
Di mamah gerhana yang singgah

Terpaksa pujuk hati
Menahan bisikan dusta
Gelita katakan cahaya

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 2)
Cinta umpama cahaya sinaran rembulan
Menurut cepat lambatnya malam
Selalu sahaja berpihak pada yang dipuja
Tak pernah menguntungkan mereka setia

(Ulang korus 1 & 2)
Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah

Wednesday, 8 February 2012

penang trip!!!!


assalamualaikum., (n_n) rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni..huhu 
almaklum ler... sibuk sangat dengan tugas2.. haaa... tapi bukan kesibukan tu yg aku nak ceritakan..yg aku nk cerita pada 26/1 hingga 28/1 aku dan kawan2 telah jalan2 PENANG!!! alhamdulillah..






dengan bantuan GPS ni kami sampai ke penang, juga dengan bantuan sang pencipta paling utama.. (n_n) puas jalan2 penang, walaupun agak mahal makanan2 dekat sana.. kat sana kami menginap di kampung nelayan.. banyak tempat2 menarik kat penang tu.. tapi agak sibuk sikit kawasannya.. almaklum ler.. aku ni bukan suka sangat dengan riuh2 dan sesak2 ni.. huhu.. bak kata ibu aku "BAIK KAU DUDUK DALAM HUTAN" hahaha... apa2 pun semuanya dalam keadaan selamat, tiada masalah yg b'laku semasa pergi dan balik.. bagaimana pula ingin m'GPS iman dan taqwa kita pula? ^^, sekian..


                                                         ilyas,aku,nazmi dan zam
                                                        selamat tinggal penang!!!!!!!!!!