ASSALAMUALAIKUM.. rosli khamis? nama yg bukan lagi asing.. Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq (1958-30 januari 2008) merupakan seorang penulis lirik yang terkenal. Beliau sering bergandingan dengan M.nasir dalam membuat lagu baru. Selain menggunakan nama Loloq beliau juga sering menggunakan nama Nurbisa untuk lirik ciptaanya. Beliau berasal dari singapure..
semasa aku sedang membelek-belek karya beliau aku terjumpa sesuatu yg sangat luar biasa dari biasa yg beliau karyakan.. satu penulisan yang sangat puitis..sebuah karya yg bertajuk "cahaya gelita" penulisannya sangat teliti dari pengunaan bahasa-bahasa indahnya yg menarik..
Tidak hairanlah lirik ciptaan Loloq iaitu Cahaya Gelita pernah memenangi Hadiah Galakan Penulis Lirik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dulu. Kata Loloq, penulis lirik perlulah berilmu supaya mereka dapat menyampaikan ilmu itu dalam corak hiburan dengan baik atau hiburan berakal.
LIRIK CAHAYA GELITA
Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun
Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah
Benarlah tak terona bahasa
Rintihan
(Korus 1)
Cinta umpama bayang datang dan menghilang
Menurut keadaan dan musim
Selalu saja berpihak pada yang dipuja
Tak menguntungkan mereka yang setia
Sehelai daun sehelai
Lembaran haru ku gugur
Di mamah gerhana yang singgah
Terpaksa pujuk hati
Menahan bisikan dusta
Gelita katakan cahaya
Benarlah tak terona bahasa
Rintihan
(Korus 2)
Cinta umpama cahaya sinaran rembulan
Menurut cepat lambatnya malam
Selalu sahaja berpihak pada yang dipuja
Tak pernah menguntungkan mereka setia
(Ulang korus 1 & 2)
Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun
Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah
No comments:
Post a Comment