Wednesday, 20 March 2013

Anak Alam Latiff Mohidin


‘Pada 1 mei yang lalu telah lahir ‘Kumpulan Anak Alam’ di ibu kota – kelahiran yang begitu lama kau tunggu tunggu- perngertian dan sambutan dari teman-teman pelukis sungguh mengyakinkan – selain dari menyatakan ‘kesedaran’ terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling tujuan pertama adalah menolong diri kita sendiri secara gotong royong dalam apa apa usaha kreatif – malam perlelongan lukisan JO adalah usaha pertama yang telah kami lakukan – tidak lama lagi kami akan mengadakan ‘hari alam’ atau ‘nature day’ – juga pada hari puisi nanti kami bermaksud akan menyumbangkan beberapa acara sebagai menambah pengalaman dan visi puitis.

‘Pelukis-pelukis zaman ini kami kira tidak patut memencilkan daerah imajinasinya, tetapi mereka mesti cuba mendalami secara fizikal mahupun visual daerah-daerah seni lain. Dan ini kita lihat dari kumpulan Anak Alam sendiri misalnya telah lahir beberapa orang penulis puisi yang mempunyai bakat yang baik. Penglibatan ini adalah penting dan menggembirakan sekali kerana ianya telah menambah pengalaman kami sebagai pelukis.’ 



Manifestasi Jenerasi Anak Alam
ditubuh pada 1 May 1974

di sekeliling kami mesin-mesin mulai
berkuasa,
manusia-manusia menilai sesuatu
di atas
hitam dan putih semata,
dan kebenaran hanya,
diperuntukkan kepada satu sumber
yang telah ditentukan
terlebih dahulu,
dan kesenian satu hobi yang
diitampalkan kepada
status hidup.

di sekeliing kami berguguran
kata-kata tentang ’seni’
dan
ucapan-ucapan
terhadap seni dari orang-orang
yang tidak mengenal
apa lagi punya apresiasi
terhadap seni.
dan di sekeliing kami
kehijauan
mulai bertukar
kepada batu-bata dan kaca
dengan debu
yang dipaksakan
keada kami menyedutnya
tiap detik waktu.

dan dikeliling kami
tali dan jaring
birokrasi semakin menceruti
gerak langkah
dan tuturkata
sehingga kami merasa kehilangan diri
dan realiti.

kami jenerasi anak alam.
dengan kesedaran di atas
dan dengan cinta yang hangat
kepada seribu warna
dan kebebasan kemanusiaan
menyatakan kehadiran kami
dalam
satu tenaga
seniman untuk berkomunikasi
dengan
alam keliling
dengan warna bahasa
dan garisbentuk sebagai pengucapan
kami
yang dikenal oleh manusia sejagat.

jenerasi kami adalah wadah
kegiatan dan kesanggupan
di mana idea
dan imajinasi seniman diterapkan
dengan kejujuran
dan sifat kebenarnnya.

semua seniman dari cabang seni
yang merasakan getaran
dan keharuan yang sama
dengan manifestasi ini
adalah saudara-saudara kami
yang satu wadah.

tidak ada perbatasan keturunan,
warna kulit,
kepercayaan,
usia,
jantina dan ukuran rambut
bagi jenerasi anak alam.


Artikel dicedok dari Dewan Sastera 1974

antara seni dan kehidupan 60 tahun latiff mohidin








                                   



assalamualaikum.. sedikit lukisan di pameran 60tahun latiff mohidin atau ALMA. sebut sahaja nama latiff mohidin sudah tentu ramai yang mengenali karyawan misteri ini.. beliau mengembara diserata dunia demi seni.  aku sendiri kagum dengan latar belakang karyawan bernama A.latiff mohidin, banyak juga yang aku pelajari dari pengalaman beliau, jelas hidup mengembara ini terlalu sukar, penuh kepahitan, kemanisan.. dari kampung ke kota asing ini, semata-mata untuk mencari pengalaman yang hendak ku lempar ke kanvas putih, setiap manusia punya impian, tapi impian aku bukan luar dari kemampuan aku.. selain itu A.Latiff Mohidin juga seorang penulis sajak.. sajak sungai mekong khabarnya membuat nama A.latiff mohidin melonjak lebih tinggi dalam bidang penulisan, ini kerana nilai-nilai estetika dalam karyanya sangat tinggi.. sekarang ia menjadi idola kebanyakan pelukis tanah air begitu juga dengan aku.. aku punya harapan moga persatuan ANAK ALAM dapat ditubuhkan semula..

#Antara Seni dengan Lukisan#
Dalam sastera, kita berangkat dari kata ke kata..., dari kalimat ke kalimat. Dan, seterusnya kita bergerak dari para ke para. Dalam lukisan pula, sesuatu komposisi misalnya, sudah cukup jelas kehadirannya dengan secalit dua sapuan. Dan kita tidak membacanya dalam baris, dari sisi atau dari samping ke samping, tetapi dari keseluruhan ruang secara serempak. Proses sastera "berurutan beragkaian", sedangkan proses lukisan "berlapisan-bertindihan" (A.L.M) catatan latiff mohidin