assalamualaikum.. sedikit lukisan di pameran 60tahun latiff mohidin atau ALMA. sebut sahaja nama latiff mohidin sudah tentu ramai yang mengenali karyawan misteri ini.. beliau mengembara diserata dunia demi seni. aku sendiri kagum dengan latar belakang karyawan bernama A.latiff mohidin, banyak juga yang aku pelajari dari pengalaman beliau, jelas hidup mengembara ini terlalu sukar, penuh kepahitan, kemanisan.. dari kampung ke kota asing ini, semata-mata untuk mencari pengalaman yang hendak ku lempar ke kanvas putih, setiap manusia punya impian, tapi impian aku bukan luar dari kemampuan aku.. selain itu A.Latiff Mohidin juga seorang penulis sajak.. sajak sungai mekong khabarnya membuat nama A.latiff mohidin melonjak lebih tinggi dalam bidang penulisan, ini kerana nilai-nilai estetika dalam karyanya sangat tinggi.. sekarang ia menjadi idola kebanyakan pelukis tanah air begitu juga dengan aku.. aku punya harapan moga persatuan ANAK ALAM dapat ditubuhkan semula..
#Antara Seni dengan Lukisan#
Dalam sastera, kita berangkat dari kata ke kata..., dari kalimat ke kalimat. Dan, seterusnya kita bergerak dari para ke para. Dalam lukisan pula, sesuatu komposisi misalnya, sudah cukup jelas kehadirannya dengan secalit dua sapuan. Dan kita tidak membacanya dalam baris, dari sisi atau dari samping ke samping, tetapi dari keseluruhan ruang secara serempak. Proses sastera "berurutan beragkaian", sedangkan proses lukisan "berlapisan-bertindihan" (A.L.M) catatan latiff mohidin
No comments:
Post a Comment